INI BUKTI DAP DAN PAKATAN HARAPAN HANYA BERLAGAK KONONNYA ANTI RASUAH, ANTI SALAHGUNA KUASA. HAKIKATNYA, KORANG BACALAH SAMPAI HABIS…
Isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menjadi perbincangan ramai pihak dan tidak dinafikan ini akan dijadikan 'bahan' hangat yang akan diulang dan diungkit oleh pembangkang untuk beberapa minggu atau bulan yang mendatang. Hakikatnya, Pakatan Harapan (PH) tidak perlu ada double standard dalam menjatuhkan hukum kepada individu yang disyaki terlibat dengan kegiatan ini kerana mereka masih belum didapati bersalah secara rasmi. Kenapa bila dakwaan rasuah yang melibatkan kerajaan , PH laju 'buat kerja' - jatuhkan hukum, tapi bila kena batang hidung sendiri, pandai pula nak berdalih dan sembunyi. PH ambil peluang untuk mengkritik Azam dalam isu pemilikan sahamnya, dan mendakwa ia tindakan yang bukan sahaja mencemarkan nama baik SPRM tetapi juga kerajaan. Mungkin PH lupa bahawa Setiausaha Agung DAP, YB Lim Guan Eng juga berdepan dengan kes di mahkamah apabila dikatakan menyalahgunakan kuasanya ketika menjadi ...