Skip to main content

SOP BARU CNY : PUAK RASIS KELUAR KANDANG CETUSKAN KEBENCIAN


Lepas kerajaan umum SOP baru untuk sambutan Tahun Baru Cina, maka berpusu-pusulah puak rasis keluar kandang dengan menuduh Kerajaan PN tunduk pada orang Cina, Kerajaan PN barua Cina dan macam-macam lagi tuduhan tidak berasas.

Tapi puak rasis seperti page Suara Raykat (https://www.facebook.com/suararakyatpage/posts/1838587796319729) dan Adrian Lim Chee En (https://www.facebook.com/adrianlimcheeenofficial/posts/712234559475323) yang pro PHDAP ini lupa bahawa SOP tersebut bukan saja dipertikaikan oleh orang Cina tetapi juga bossku, DS Najib Razak - orang Melayu yang memperjuangkan nasib semua kaum.

Biasalah, bila ada isu sensitif ini, maka puak rasis akan mengambil kesempatan untuk mencetuskan rasa kebencian antara masyarakat berbilang kaum.

Apa yang orang Cina mahu hanyalah kebenaran makan besar bagi mereka yang tinggal dalam radius 10km. Apa yang salahnya? Pasar Malam boleh beroperasi (orang entah dari mana datang berkumpul secara ramai), takkan ahli keluarga dalam radius 10KM tak boleh makan bersama? Bukan lama pun.... 

Orang Cina juga tidak minta untuk kebenaran rentas negeri. Mereka juga sedar kita sedang melawan pandemik. Mereka cuma minta SOP itu lebih adil. 

Malah SOP itu sendiri (semasa diumumkan 4 Feb 2021) tidak berbincang bersama pihak yang sepatutnya, dilihat tak menyeluruh. Sampaikan ada kesilapan - kata makan besar berlangsung pada hari Tahun Baru Cina sedangkan makan besar berlangsung pada malam sebelum hari tersebut. Makan besar pada 11hb dan Tahun Baru Cina pada 12hb dan 13hb. Sebab itu kerajaan ditegur berhubung SOP ini.

Ini pula petikan DS Najib yang matang dan profesional, serta logik :

"Kita boleh bekerja bersama pekerja asing dalam kilang dan tapak pembinaan dan masjid dibuka dengan separuh kapasiti untuk solat Jumaat kenapa masyarakat Cina tidak boleh makan bersama orang tua kita untuk satu malam sahaja bagi memenuhi adat Tahun Baru Cina."


Rasanya puak rasis akan terus memainkan isu ini sehinggalah PRU15 bagi kepentingan politik mereka. 

Apakah kita akan terpedaya dengan mainan politik perkauman sepertimana DAP menghasut rakyat Cina bermula tahun 2008? Bagaimana dulu mereka tuduh MCA barua UMNO. Tetapi hari ini mereka kata bersedia untuk kerjasama dengan UMNO pula?

Ini membuktikan bahawa mainan politik perkauman hanya bersifat sementara. Bila tiba masa untuk kepentingan politik mereka, maka mereka akan mengubah pendiriannya. Kita rakyat di bawah ini akan terus berpecah belah selepas dihasut oleh puak rasis yang tidak bertanggungjawab.

#SuaraOrangRamai
#BenciRasis

Sumber
--
Sent from Gmail Mobile

Comments

Popular posts from this blog

Apa cerita kes DAP langgar SOP masa Konvensyen Perak?

14 Mac 2021 : Polis siasat pelanggaran SOP Konvensyen DAP Perak https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/03/796240/bhplus Sumber https://www.facebook.com/334206690836885/posts/864168504507365/?d=n -- Sent from Gmail Mobile

Say no to ANTARA DUA DARJAT! Kompaun RM20juta sebab langgar SOP?

DAP ni macam ketam ajar anak jalan lurus. Kalau dah mak apaknya memang dah jalan senget, mana maunya anak jalan lurus? DAP poyo je kata mahu bantu khidmat guaman secara percuma kalau ada yang kena kompaun RM10,000 kerana langgar SOP. Tapi DAP sendiri yang dilihat langgar SOP? Ada kira-kira 2,000 yang hadir konvensyen DAP Perak semalam. Kalau semua kena kompaun, mungkin kompaun cecah RM20 juta. Oklah tu nanti DAP bolehlah buat kutipan derma raih simpati. Mintak orang ramai bagi derma pada DAP untuk langsaikan kompaun RM20 juta. Jangan lupa kata, ini satu penindasan terhadap DAP oleh parti lawan!  Ini semua salah Najib Razak ! Hahaha Sumber https://www.facebook.com/334206690836885/posts/859881154936100/?d=n -- Sent from Gmail Mobile

PERANAN KUMPULAN MINORITI YANG TIDAK DAPAT DINAFIKAN

Semasa Barisan Nasional (BN) berkuasa selama 6 dekad lalu, mereka ada 14 parti komponen dengan pelbagai latarbelakang. Tujuannya apa? Sedangkan UMNO (baca Melayu) adalah pemegang kuasa terbesar baik dalam BN mahupun pentadbiran negara. Namun UMNO yang bersifat sederhana, inklusif dan bersandarkan kepada Perlembagaan Persekutuan ini memilih untuk bekerjasama dengan 13 parti politik lain membentuk Barisan Nasional. Kalau kita baca sejarah, konsep gabungan parti dan perkongsian kuasa ini sudahpun diamalkan sejak dahulu lagi apabila UMNO bersama MCA dan MIC membentuk Parti Perikatan. Inilah asas dan roh sebenar negara kita, Malaysia. Berbalik kepada persoalan pada perenggan kedua di atas, apa tujuannya? Kenapa UMNO mahu berkongsi kuasa dengan parti lain? Jawapannya mudah, kerana UMNO adalah sebuah parti yang menghormati Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak dan kepentingan kumpulan minoriti di Malaysia. Sebab itulah wujudnya perkongsian kuasa di Malaysia sejak dahulu lagi.  Malah, kon...